Keluarga saya (Adam 2018)


Maksud keluarga ialah satu kumpulan manusia yang dihubungkan melalui pertalian darahperkahwinan atau pengambilan anak angkat
Saya mempunyai tujuh orang ahli keluarga.
 
KELUARGA SAYA
 1. Ayah Saya
Nama penuh ayah saya ialah Ahmad Sabry bin Mohamad. Umur beliau ialah 40 tahun. Beliau dilahirkan di Pahang pada tahun 1978. Beliau bekerja sebagai Pensyarah BMI. Beliau memiliki sijil PHD dan MPhil dalam bidang Biomedical Engineering daripada University of Surrey, England. 



2. Ibu Saya
               Nama penuh ibu saya ialah Roszymah binti Hamzah. Beliau berumur 39 tahun. Beliau dilahirkan di Terengganu pada tahun 1979. Beliau bekerja sebagai Doktor Perubatan di Hospital Ampang.

 3. Abang Saya 
               Nama penuh abang sulung saya ialah Muhammad Daniel bin Ahmad Sabry. Abang saya berumur 13 tahun dan dilahirkan di Selangor, Malaysia pada tahun 2005. Abang saya melanjutkan pelajaran ke Maktab Rendah Sains MARA Kuala Kubu Baru (MRSMKKB). Cita-cita beliau ialah menjadi seorang pelukis kerana abang saya selalu melukis pada masa lapang.


4. Diri Saya 
  
Nama penuh saya ialah Adam Fathiy bin Ahmad Sabry. Saya bersekolah di Sekolah Rendah Setiabudi di Gombak, Selangor. Saya berumur 11 tahun dan dilahirkan di United Kingdom, England pada tahun 2007. Cita-cita saya ialah menjadi profesor dalam bidang Matematik. 


5.Adik Perempuan Saya
  
Nama penuh adik perempuan saya ialah Sarah Sofia binti Ahmad Sabry.  Dia bersekolah di Sekolah Rendah Setiabudi. Dia berumur 7 tahun dan juga dilahirkan di United Kingdom, England pada tahun 2011. Cita-cita adik saya ialah menjadi seorang doktor pakar kanak-kanak. 


6.Adik Lelaki Saya

             
  Nama penuh adik lelaki saya ialah Irfan Fawwaz bin Ahmad Sabry. Dia berumur 6 tahun dan dilahirkan di Ampang, Selangor pada tahun 2012. Adik saya bersekolah di prasekolah IIUM Montessori Gombak, Selangor. Cita-cita adik saya ialah menjadi seorang Ustaz. 


7.Adik Perempuan Bongsu Saya
              Nama penuh adik bongsu saya ialah Farah Husna binti Ahmad Sabry. Dia baru sahaja dilahirkan pada 23 Ogos 2018.  Dia sangat comel. Saya sangat sayang akan dia. 😀




KELUARGA BAHAGIA SAYA





TAMAT

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

hobi saya (Adam 2018)